USAHAWAN KEDAI ATAS TALIAN(SHOPEE)

Nama : Nor Hidayah Binti Ridzwan
Umur : 25 tahun (2020)
Ahli Jun 2020 - sekarang

  

Latar belakang

Puan Nor Hidayah Binti Ridzwan merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang menjalankan aktiviti perniagaan atas talian melalui laman sesawang aplikasi Shopee iaitu menjual pakaian terpakai kanak-kanak .

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini beliau hanya meilhat kakak beliau yang melakukan perniagaan secara atas talian dan mula melakukannya semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Kini, beliau mula mengetahui cara membuat siaran langsung dalam aplikasi shopee bagi tujuan mempromosikan produk beliau dan juga sudah tahu cara mengambil pesanan melalui atas talian dan memposkan produk jualan.