USAHAWAN KECIL AKSESORI PAKAIAN

Nama : Nurul Fatinah Binti Che Shukri
Umur : 28 tahun (2018)
Ahli : Ogos 2017 - sekarang

 

Latar belakang

Puan Nurul Fatinah yang menetap di Kg Tanjung Chat, Kota Bharu dan seorang pekerja sepenuh masa di Pusat Internet Bunut Payong telah menjual produk aksesori pakaian secara kecil-kecilan di sekitar Kampung Lundang selama lebih satu tahun yang lalu. Beliau yang bekerja sebagai Penolong Pengurus mampu membahagikan masa dalam pekerjaan dan perniagaan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini beliau hanya menjual secara kecil-kecilan sahaja kepada kenalan rapat beliau secara luar talian dan online Facebook (COD sekitar Kota Bharu) di mana pendapatan bulanannya hanya RM 250. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Menerusi kelas keusahawanan yang beliau pernah diikuti sempena program bersama Pusat Internet ianya menjadikan satu platform untuk beliau lebih berminat untuk meneruskan perniagaannya walaupun masa perlu dibahagikan diantara bekerja dan berniaga. Dengan adanya kemudahan jalur lebar dan perkhidmatan cetakan ditempat beliau bekerja , beliau dapat meluaskan lagi perniagaannya iaitu menerusi perniagaan e-commerce dimana sebagai platform untuk mempromosikan barangan yang ingin ditawarkan. Secara tidak langsung pelanggan beliau kini semakin hari semakin meningkat dan saya mendapat tempahan yang agak memberangsangkan . Pendapatan bulanan beliau kini melebihi RM450