TEMPAT TARIKAN PELANCONG DI KOTA BHARU YANG BERDEKATAN DENGAN PUSAT INTERNET

Percutian dan kunjungan anda ke Kelantan tidak lengkap jika anda tidak mencuba sarapan pagi atau breakfast di kedai yang popular dari kalangan penduduk setempat.Ruangan kali ini penulis sediakan senarai tempat mashur yang ‘evergreen‘ untuk bersarapan pagi di sekitar Kota Bharu, Kelantan.

Mungkin agak janggal bagi anda kerana sarapan pagi di Kelantan menyediakan menu yang ‘berat’ seperti nasi kerabu, nasi berlauk ayam dan pelbagai lagi. Sebenarnya, inilah tradisi orang Kelantan yang dahulunya perlu makan pagi dengan menu yang sebegitu untuk keluar bekerja menggunakan kudrat fizikal. Yang pasti, sarapan pagi di Kelantan adalah satu nikmat yang mesti dirasai oleh semua terutamanya jika anda yang bercuti di Kelantan.

Tempat sarapan di sini walaupun nampak biasa-biasa sahaja, orang berpusu-pusu datang di waktu pagi kerana citarasa orang Kelantan yang  menggemari makan pagi yang kena dengan selera lebih-lebih lagi rasa masakan yang serba lengkap, suasana kekampungan dan juga kedai yang mempunyai keunikannya tersendiri.

  • Nasi Kak Wook
  • Kopitiam Kita
  • Nasi Ayam Kampung Telipot
  • Kedai Milo Tunggeng
  • Kedai Din Tokyo
  • Nasi Tumpang Kubang Pasu