Nama : Nur Ailyn Zulaikha Binti Abdul Naidi
Umur : 12 tahun (2021)
Ahli : September 2020 - sekarang

 

Latar belakang

Nur Ailyn Zulaikha merupakan seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Lundang dan juga ahli Pusat Internet Komuniti Bunut Payong. Beliau seorang yang rajin menghadiri kelas atau program yang dianjurkan Pusat Internet Komuniti Bunut Payong dan juga tidak ketinggalan untuk mempelajari asas ICT serta menjadikan Pusat Internet Komuniti Bunut Payong sebagai pusat pembelajaran ICT untuk beliau mempelajari dan menambah ilmu pengkomputeran.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pengetahuan ICT beliau hanya pada peringkat asas dan hanya tahu menggunakan laman sesawang Google dan Youtube sahaja. Kemudian, beliau mula berminat untuk menyertai kelas-kelas kemahiran ICT dan advokasi yang diadakan oleh petugas PIK Bunut Payong.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas ICT dan advokasi yang dihadiri di PIK Bunut Payong, kini beliau boleh menggunakan Microsoft Word serta aplikasi capaian internet seperti ‘Google’ dan ‘Internet Explorer’ dengan lebih baik dalam mencari maklumat. Beliau juga kini sudah mampu menaip sesuatu karangan dan berjaya menyiapkan latihan kertas kerja menggunakan Microsoft Word. Selain itu juga, beliau didedahkan dengan laman-laman sesawang pendidikan serta diberikan taklimat dan pendedahan tentang advokasi Klik Dengan Bijak, E-Waste, Sebenarnya.my dan Dashboard Komuniti.