Tarikh    : 18/09/2023
Masa     : 3 : 00 Petang - 5 : 00 Petang
Lokasi   : PEDi Bunut Payong
Peserta : 10 Orang

Tujuan 

Kelas ini dihadiri oleh 10 orang peserta. Tujuan kelas ini adalah untuk memberi pendedahan awal berkaitan definisi Stem IoT. Selain itu, peserta juga diterangkan kepentingan dan kebaikan Stem Iot terhadap kehidupan seharian. Menerusi kelas ini, ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang kelebihan menjadi seorang celik IT disamping dapat memudahkan peserta untuk membuat sebarang urusan berkaitan komputer dan Internet.

Aktiviti

Peserta diberi pendedahan awal tentang apakah yang dimaksudkan dengan Stem Iot. Selain itu, peserta juga diterangkan kepentingan dan kebaikan Stem Iot terhadap kehidupan seharian. Melalui pengenalan ini juga, peserta mampu untuk meningkatkan kemahiran dalam penggunaan tetikus dan papan kekunci. Di akhir kelas, peserta dapat mengisi masa lapang dengan  perkara berfaedah iaitu menambahkan ilmu pengetahuan tentang Stem Iot untuk kebaikan mereka.

 

Tarikh    : 11/09/2023
Masa     : 9 : 00 Pagi - 1 : 00 Petang
Lokasi   : PEDi Bunut Payong
Peserta : 2 Orang

Tujuan 

Kelas ini dihadiri oleh dua orang peserta . Tujuan utama program ialah memberi pendedahan kepada peserta tentang bagaimana hendak membuat resume , cara - cara masukkan gambar , cara masukkan biodata , ringkasan pengalaman dan kerjaya sebelum ini dan bagaimana nak mencantikkan resume peserta.

Aktiviti

- Pengenalan
- Mengajar cara - cara nak masukan gambar , ringkasan biodata , pengalaman belajar dan kerjaya bekerja sebelum ini.
- Siap membuat resume dan selesai
- Bersurai

 

Tarikh    : 19/08/2023
Masa     : 3 : 00 Petang - 5 : 00 Petang
Lokasi   : PEDi Bunut Payong
Peserta : 10 Orang

Tujuan 

Kelas ini dihadiri oleh sepuluh orang peserta . Tujuan utama program ialah memberi pendedahan mengenai cara-cara untuk membuat sesuatu barang dengan menggunakan barang yang terpakai. Selain itu, ia juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang baharu kepada peserta dan menjadi keratif.

Aktiviti

- Pengenalan
- Mengajar cara-cara membuat piramid hologram 
- Buat bersama peserta
- Siap menghasilkan piramid hologram
- Meletakkan piramid hologram di telefon dan menikmati gambaran/vidoe 3D hologram 
- Bersurai 

Tarikh    : 26/08/2023
Masa     : 3 : 00 Petang - 5 : 00 Petang
Lokasi   : PEDi Bunut Payong
Peserta : 6 Orang

Tujuan 

Kelas ini dihadiri oleh enam orang peserta . Tujuan utama program ialah memberi pendedahan kepada peserta tentang sejarah , bila merdeka , siapa bapa kemerdekaan dan sebagainya. Selain itu, ia juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang baharu kepada peserta tentang sejarah kemerdekaan negara malaysia.

Aktiviti

- Pengenalan
- log in kahoot  
- Peserta menjawab kuiz 
- Peserta yang mendapat markah tertinggi mendapat hadiah  
- Bersurai 

Tarikh    : 14/08/2023
Masa     : 3 : 00 Petang - 5 : 00 Petang
Lokasi   : PEDi Bunut Payong
Peserta : 1 Orang

Tujuan 

Kelas ini dihadiri oleh seorang peserta sekolah menengah. Tujuan utama program ialah memberi pendedahan mengenai kepentingan kemahiran dalam menggunakan MS Office Word untuk tugasan kerja kursus yang harus disiapkan sepanjang musim persekolahan. Peserta harus melaksanakan tugasan yang diberikan oleh guru sepanjang persekolahan.

Aktiviti

Memberi tunjuk ajar cara-cara menggunakan MS Word serta fungsi-fungsi di dalamnya. Selain itu juga , peserta diajar untuk mempraktikkan tugasan yang diberikan menggunakan MS Office Word. Peserta menyiapkan tugasan kerja kursus yang diberikan dengan mencari bahan maklumat menerusi laman web.