Tarikh | : 18 Ogos 2017 |
Masa | : 8.00 petang-5.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Bunut Payong |
Pada 18 Ogos 2017 (Jumaat), Pusat Internet Bunut Payong telah melancarkan Majlis Perasmian Pusat Internet yang dirasmikan oleh YBhg Datuk Hj Mohamed Hasnan bin Che Hussin (Ahli Jawatankuasa SKMM).Turut diiringi bersama ialah wakil SKMM Dr. Chin Yoong Kheong serta wakil daripada pihak Telekom Malaysia dan MSD Intelligence Sdb Bhd. Majlis ini turut dihadiri oleh JKKP kawasan Bunut Payong selaku wakil ketua penduduk sekitar. Majlis ini bermula pada jam 9.00 pagi dengan pendaftaran pengunjung yang hadir serta pendaftaran bagi menyertai aktiviti yang disediakan. Antara aktiviti menarik yang diadakan adalah Pertandingan Mewarna, Pertandingan Menaip Pantas , Kuiz Kahoot ICT dan cabutan bertuah bagi pengunjung yang hadir pada majlis tersebut. Pendaftaran ahli Pusat Internet 1 Malaysia secara percuma juga diadakan bertujuan untuk menggalakkan komuniti setempat menggunakan kemudahan serta perkhidmatan yang terdapat di Pusat Internet Bunut Payong. Selain itu, majlis turut dimeriahkan dengan booth pameran daripada agensi kerajaan dan NGO seperti Jabatan Kesihatan Kota Bharu, Balai Bomba dan Penyelamat yang menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada pengunjung. Diharapkan dengan Majlis Perasmian Pusat Internet ini, komuniti setempat dapat mengetahui tentang peranan serta fungsi Pusat Internet sebagai salah satu pusat perkhidmatan yang dapat meningkatkan taraf kehidupan sosio-ekonomi penduduk. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. |