Tarikh    : 21/10/2023
Masa     : 3 : 00 Petang - 5 : 00 Petang
Lokasi   : PEDi Bunut Payong
Peserta : 3 Orang

Tujuan 

Kelas ini dihadiri oleh tiga orang peserta sekolah menengah. Tujuan utama program ialah memberi pendedahan mengenai kepentingan kemahiran dalam menggunakan MS Office Word untuk tugasan kerja kursus yang harus disiapkan sepanjang musim persekolahan. Peserta harus melaksanakan tugasan yang diberikan oleh guru sepanjang persekolahan.

Aktiviti

Memberi tunjuk ajar cara-cara menggunakan MS Word serta fungsi-fungsi di dalamnya. Selain itu juga , peserta diajar untuk mempraktikkan tugasan yang diberikan menggunakan MS Office Word. Peserta menyiapkan tugasan kerja kursus yang diberikan dengan mencari bahan maklumat menerusi laman web.