Tarikh | : 29 September 2020 |
Masa | : 9.30 pagi - 12.30 tengahari |
Pengunjung | : 10 orang |
Tujuan
Pertandingan Poster Pusat Internet 2020 diadakan sempena tema "Pusat Internet Pemangkin Komuniti Digital". Pertandingan ini layak disertai oleh ahli-ahli Pusat Internet yang berumur 7 sehingga 17 tahun. Disamping itu, memberi pendedahan latihan membuat poster menggunakan aplikasi di laman web yang disediakan iaitu "picmonkey.com"
Aktiviti
Peserta hendaklah mengedit dan mencipta lakaran poster mengikut tema poster serta kreativiti masing-masing melalui laman web picmonkey.com. Peserta hendaklah menyiapkan poster tersebut dalam masa yang ditetapkan. Undian poster tersebut akan dipapar di "MyVote Dashboard Komuniti" untuk tujuan undian.